boleh jadi bentuk ilmiah, isu-isu semasa, sukan, hobi, lawak bodoh, kisah hidup dan sebagainya huhu...

Sunday, 10 April 2011

Syukur dan bahagia

Sudah sekian lama rasanya x mengupdate blog. Sibuk sedikit krn ada krusus di samping ziarah mertua. Kebetulan mereka merancang untuk mengadakan kenduri kesyukuran. Bermula dari selasa 5/4-9/4 sy bermusafir ke Kuala lumpur.
Krusus y sy hadiri sangat menarik ‘Memperkasa Kepemimpinan Mengikut Model Rasulullah saw’ walaupun cuma dua hari tapi cukup bermakna n memberi banyak manafaat. Hari pertama di kendalikan oleh seorg motivator yang sangat terkenal Dato Hj Fadzliah Kamsah. Hari kedua pula sorang Ustaz y sgt hebat Ustaz Husnul Hizam. Awal2 lagi beliau telah menekankn perkataan ‘kepimpinan’ dgn ‘kepemimpinan’. Mna satu y betuL? Korang fikir la sendiri huhu…
Sesi pertama krusus di mulakan dengan takruf iaitu bertanya kabar @ suai kenal. Dato tekan kan di sini sebelum memulakan sesuatu kita kna bertanya kabar supaya dpt tau mood org. Misalnya bila kita tnya kabar, kawan kita kta x sihat, sakit gg,ank sakit or sebagainya. Dari situ kita dpt tau mood dia, klu kita x takruf trus terjah buat lawak bodoh ada kna penyepak, penampar n sebagainya. Dato secara ringkas menganalisis berpandukan borang peserata y di isi pada sesi pendaftaran. Tiba giliran sy satu kelas tergelak. * ada yg di perkatakan tapi cukupla utk dalam kelas shj huhu...
Waktu rehat saya berpeluang makan bersama Dato’, satu pengalaman yg indah kerana ambil berkat makan bersama org y di muliakan ALLAH swt. Kami pon sembang2 sambil menjamu selera. Tgk org lain malu2 nk duk ngn Dato, sy slumber je huhu..
Sesi kedua di teruskan start tuh nama ‘yazid’ terus di jadikan contoh. Gelak 1 kelas dibuatny, dari sini sy dapat rasakan y beliau pandai membaca fikiran. Antara yang di bicarakan ialah mengenai ciri-ciri org yang syukur dan bahagia. Cuba kita cek ada x dalam diri kita.
Di bawah ciri-ciri org y syukur dan bahagia y dinyatakan oleh Dato.
Orang yang syukur dan bahagia:
1. Sentiasa mengucapkan terima kasih - walaupun pada pekara yang nampak remeh, tapi jika kita sering mengucapkan terima kasih InsyaAllah memberi kesan dalam hati org y kita ucapkan itu.
2. Memaafkn org lain, lagi bagus kalau sebelum tido kita maafkn semua org. Bukan pe mana kita tau bila kita akan mati. Sebab masa itu sebenarnya nyawa kita, kalau kata masa itu emas ada org y xsuka emas. Betul x? 'tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima'
3. Doakn orang lain tanpa pengetahuannya.
4. Qanaah – rasa cukup dengan pemberian Allah swt.
5. Sentiasa senyum dalam kedaan senang @ susah.
6. Sentiasa buat yang terbaik walaupun org x suka dgn kita. Dalam apa pekerjaan sekalipun kita kena buat yang terbaik
7. Elak buat maksiat – anggota n fikiran.
8. Zuhud - sifat zuhud itu adalah mencari keperluan hidup sekadar yang boleh membantu ia untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
( zuhud orang awam ).
9. Redha dengan setiap perberian Allah (ujian dan sebagainya), kerana setiap y terjadi ada hikmahnya. Org miskin klu redha dpt pahla, org sakit klu redha dapat pahla. Hayati firman Allah dalam surah AL-Furqan ayat 20 '
    'Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad)melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai UJIAN dan CUBAAN bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).'

Sedikit nasihat untuk dikongsi bersama. InsyaAllah ada masa sy akan update lagi. Ilmu kalau di pendamkan akan hilang TAPI kalau di kongsi banyak memberi manafaat. Teringat pesan emak ' org y paling rugi ialah orang yg berputus asa dr Rahmat Allah swt'.


5 comments:

  1. ingat nak join gak tp tak layak pulak...terpaksa pegi training lain...

    ReplyDelete
  2. x lama lagi kau layak la... dah interview kannn.. thanks for viewing...

    ReplyDelete
  3. org dak atas bleh lah lyan blog,,,kili mcm aku ni manelah ade masa nk tgok blog...

    ReplyDelete
  4. time cuti kan boleh.. jgn asyik tido je.. dunia nk kiamat dah...

    ReplyDelete
  5. wah.....dh jg blogger boy.......huhuhu

    ReplyDelete