boleh jadi bentuk ilmiah, isu-isu semasa, sukan, hobi, lawak bodoh, kisah hidup dan sebagainya huhu...

Sunday, 5 June 2011

Realiti kehidupan...

Menarik pulak tengok lukisan bawah nih.. Sangat ada kena mengena dengan kehidupan kita.. Kadangkala kita berasa keseorangan bila putus cinta, cinta x dibalas dan sebagainya... Kita sebagai orang Islam xbuleh rasa camtu sebab Allah sentiasa memerhati. Imam al-Ghazali pernah menukilkan : "Ketika kau kesepian jangan kau katakan aku sunyi.. tetapi katakan pada diri bahawa disisiku sentiasa ada Pemerhati!

Putaran kehidupan pasti meletihkan tambah2 kadangkala sikap pasangan, keluarga, kawan2 yang tidak memahami jiwa dan perasaan.. Ketika itu segalanya menjadi hambar dan tawar, rasa tak dihargai, rasa diri keseorangan, kosong, jiwa kacau, rasa dunia ni macam x adil dan sebagainya..

Jika itu yang terjadi pada diri kita ini, jangan di biarkan berlarutan.. Bertindaklah untuk mengubah keadaan bermula dengan mengubah jiwa, pemikiran dan perasaan kita sendiri.. Kita tidak mampu mengubah apa yg ada di luar diri kita tetapi kita boleh mengubah diri.. Tepuk dada tanya iman.. Bersesuaian dengan Firman Allah : ' Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka yang mengubah nasib mereka sendiri'.

Pokok pangkalnya adalah hati kita.. “Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).”

Berbalik kepada persoalan di atas, kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa  bersyukur masih di berikan pasangan, keluarga, kawan2.. Banyak nikmat yang Allah telah berikan pada kita dari hujung rambut hingga hujung kaki semuanya nikmat. Makan, minum, tidur, bernafas semuanya Allah berikan percuma pada kita.. Dan tidak mustahil dalam sekelip mata Allah boleh tarik, masa tuh klu tersedar Alhamdulillah tapi klu xsedar jgk xtau la nk kata pe.. Mengapa kita sering x mengerti semua tu atau sengaja buat2 x paham??.. Sedarlah wahai manusia dunia ini hanyala tempat tumpangan untuk sementara akhirat juga kekal abadi.. Dunia ini ibarat kebun, akhirat nnt tempat menuai hasilnya..

Beruntung kita knn lahir dalam keluarga Islam, hidup kat negara yg aman bilamana nk beribadat xde org kacau..Terpulang pada kita untuk mengamalkan agama dan mempelajarinya.. Dalam dunia moden ni maklumat, ilmu semuany boleh dicari melalui internet terpulang macammna kita memanafaatkny.. Ce cuba kita bayangkn org yg kurang bernasib baik, negara dimana umat Islam ditindas.. Betapa susahnya hidup mereka.. 

Saya tertarik dengan sebuah puisi karangan Sean Covey yang telah di translatekan

Pernah pada suatu ketika,
Aku bercita-cita mengubah dunia ini,
Namun, itu terlalu sukar untuk aku capaikan..
Lalu, aku berhajat pula ingin mengubah negara ini,
Namun setelah masa berlalu,
Aku rasakan itu terlalu berat bagiku..
Lalu, aku berhajat pula ingin mengubah masyarakat ini,
Namun kemampuanku semakin terbatas,
Aku rasakan tidak mampu untuk melakukannya..
Lalu, aku berhajat pula ingin mengubah ahli keluarga ku,
Namun, sudah tiada siapa yang mahu mendengar kata-kataku lagi,
Aku semakin lemah dan tidak berdaya melakukannya..
Akhirnya, tatkala setiap sendi sudah makin lemah,
Dan jasad ini kian tidak bermaya,
Mata ini hampir sahaja aku lelapkan buat selama-lamanya,
Barulah aku sedar bahawasanya aku perlu mengubah diriku sendiri.
Dengan mengubah diri sendiri,
Aku dapat menjadi contoh teladan kepada ahli keluargaku,
Seterusnya ahli keluargaku dapat menyumbang dan mengubah masyarakat sekeliling,
Lalu, masyarakat tadi membentuk negara yang sering aku idamkan,
Kemudiannya, negara ini akan menjadi pengaruh kepada negara-negara lain,
Dan akhirnya membentuk sebuah dunia sepertimana yang aku idam-idamkan.

Sikit sebanyak nasihat untuk semua termasuk diri saya.. InsyaAllah ada masa sy akan coretkan lagi.. Kita kena saling ingat-mengingatkan kerana fitrah manusia mudah lupa, bila lupa jadi leka.. Bila leka mudah bagi syaitan menguasai diri kita.. Kesudahan yang baik adalah bagi org2 yg bertakwa..

Firman Allah : " Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"








Friday, 3 June 2011

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
'Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.'
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim).

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.


InsyaAllah sama-sama kita memohon keampunan dan mepertingkatkan ibadah pada bulan yang mulia ini. 

'berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran'.

Wednesday, 1 June 2011

Perkara yang Elok & Tidak Elok Di sebut

3 PERKARA YANG ELOK DISEBUT-SEBUT

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah SWT berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang hanya berbuat baik sedikit sahaja kepada kita, kita puji habis-habisan tetapi nikmat yang terlalu banyak Allah SWT berikan kita langsung tidak hargai. Sebaik-baiknya elok kita basahi lidah kita dengan memuji Allah sentiasa, bukan sekadar ucapan Alhamdulillah apabila perut sudah kekenyangan. Pujian sebegini hanya di lidah sahaja, tidak sampai hingga ke hati.

Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang singkat akalnya hanya sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling bijak ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

Perbanyakkan menyebut hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua tetapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Jikalau tidak usahakan kebun dunia ini, masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah mencontohi sikap Saidina Ali k.w.s.j. Meskipun sudah terjamin akan syurga, beliau masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Bandingkan pula dengan diri kita yang kerdil dan sentiasa bergelumang dengan dosa?


2 PERKARA JANGAN DISEBUT-SEBUT

Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan membisikkan kepada kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut seperti rasmi ayam 'bertelur sebiji, riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam yang boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika ianya menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah SWT telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datangnya dari Allah SWT kerana Allah yang membolehkan kita berbuat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah SWT kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepada Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

Jangan menyebut-nyebut keaiban atau keburukan diri orang lain.
Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Di dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjadikan kita temannya di dalam neraka.

Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama berdoa agar terselamat dari kemurkaan Allah SWT di dunia hingga ke akhirat. Amin...