boleh jadi bentuk ilmiah, isu-isu semasa, sukan, hobi, lawak bodoh, kisah hidup dan sebagainya huhu...

Wednesday, 10 August 2011

Mengapa kita gagal mencapai Taqwa dalam berpuasa.


“Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Quran, Yusof 12:53) Sederhana di dalam mengawal nafsu.

Kita berpuasa bertujuan untuk kembali kepada fitrah dan menjadi hamba yang bertaqwa. Namun seringkali puasa yang kita jalankan hanya sekadar mendapat lapar dan dahaga sahaja. Ia menjadi seperti sebuah adat iaitu berlapar beramai-ramai.

Latihan puasa yang bertujuan untuk menghalang kehendak nafsu juga seringkali dilihat seolah-olah gagal apabila nafsu masih kuat dan kekadang semakin meningkat jadinya di bulan Ramadhan ini.
Tidak mungkin ada salahnya ibadah yang diwajibkan oleh Allah SWT ini namun mengapa makin dihalang kehendak nafsu, makin meningkat keinginannya.

Mari kita lihat penjelasan Allah SWT yang sangat sederhana di dalam Al-Quran. Di dalam surah Al-Baqarah 183 firman yang mewajibkan kita berpuasa, Allah SWT menyeru ORANG-ORANG YANG BERIMAN untuk berpuasa.

Jelas untuk berpuasa…seseorang itu perlu beriman terlebih dahulu. Beriman ini secara ringkasnya adalah percaya kepada rukun iman yang 6. Boleh baca artikel saya untuk memahami iman di sini.
Mengapa pentingnya perlu beriman dahulu?

Berbalik kepada surah Yusof di atas, jelas ungkapan Zulaikha ketika mengaku beliaulah yang mengajak Nabi Yusof berzina…mengatakan nafsu itu tidak mampu ditahan kerana ia sentiasa mengajak kepada kejahatan. KECUALI Allah SWT memberikan rahmat kepada nafsunya.

Jelas keinginan ini datang dari jiwa lalu ke fikiran. Fikiran inilah yang semakin menguatkan nafsu. Namun kehendak asal datang dari dalam jiwa. Allah SWT yang memberikan ilham kepada jiwa ini baik dan buruk.

Lalu di kala kita terasa ingin membuat kejahatan, maka sebenarnya kita diilhamkan oleh Allah SWT dengan ilham fujur (buruk). Kini tinggal sedikit ruang atau daya yang Allah SWT berikan kepada kita samada untuk meneruskan keinginan yang diilhamkan atau tidak.

Di sinilah ramai yang kecundang kerana tiada memiliki kekuatan atau daya untuk menghalang nafsu. Lalu apakah yang harus dilakukan di dalam menghalang nafsu ini?

Caranya adalah perlu memohon RAHMAT ALLAH SWT. Memohon agar Allah SWT merahmati nafsu kita dengan memberikan kekuatan untuk kita menghalang kehendaknya disamping melemahkan keinginan nafsu tadi kerana kita tidak berdaya melainkan Allah SWT yang memberikan daya yang dikehendakiNya kepada kita.

Apabila kita beriman…kita akan mudah dan sentiasa sedar akan Allah SWT. Ketika nafsu melonjak…kita yang sentiasa berada di atas rasa pasti sedar bahawa ini adalah kehendak nafsu ku. Tapi ia sungguh kuat. Bertubi-tubi datang ke jiwa lalu ke fikiran dan sukar untuk menahannya.
Lalu orang yang beriman sedar..perlu kembali kepada Allah SWT. Lalu kembali ke Allah dengan memohon…

Ya Allah..rahmatilah nafsuku….rahmatilah nafsuku ya Allah…rahmatilah ya Allah. Aku tidak mampu melawannya melainkan dengan pertolonganMu ya Allah. Sesungguhnya jika aku mengikuti nafsuku ya Allah…aku termasuk ke dalam golongan orang yang menzalimi diriku ya Allah. Ya Allah…hindarlah aku dari menzalimi diriku ya Allah. Ya Allah..terima kasih ya Allah..terima kasih.
Diulang terus doa di atas bersungguh-sungguh. Pasti nafsu yang memberontak akan melemah dan akhirnya Allah SWT mencabut rasa ingin nafsu tadi.

Doa di atas hanya mampu dibaca bagi orang yang beriman…yang sedang dalam ujian nafsu yang melonjak. Jika orang yang tidak beriman..mana mungkin dia mampu berada di atas rasa lalu mana mungkin dia mampu berdoa sedemikian.

Kerana itulah objektif puasa hanya akan dapat dicapai jika kita beriman kepada Allah SWT kerana kita akan sentiasa sedar akan Allah SWT setiap saat dan kita sentiasa berada di atas rasa.
Namun apabila kesedaran kita meningkat, kita akan mudah mengawal nafsu kerana orang yang sentiasa ingat Allah SWT pasti sentiasa diilhamkan dengan taqwa bukan fujur.

Juga jika di ilhamkan fujur sebagai ujian dari Allah SWT, orang beriman mudah mengawal nafsunya kerana sentiasa sedar akan Allah SWT…sentiasa berada di atas rasa lalu memohon agar Allah SWT merahmati nafsunya dengan bersungguh-sungguh permohonan.

Semoga penjelasan ini jelas di dalam memahami cara bagaimana untuk mengawal nafsu dan akhirnya akan memudahkan diri untuk terus memiliki taqwa dan kembali kepada fitrah.

Cuba praktikkan doa di atas ketika di pasar Ramadhan, semasa membeli belah persediaan raya, ketika marah, ketika malas untuk solat awal, ketika rasa geram pada seseorang, rasa benci, rasa dengki, rasa tidak puas hati dan lain-lain di mana ketika nafsu sedang mengawal diri.
InshaAllah saya yakin, pasti kita akan tersedar dan rasa-rasa itu hilang dari jiwa kita. Bukan sekadar hilang di fikiran…tetapi terus di jiwa.

“Ya Allah, malasnya aku nak solat ni. Waktu dah masuk dah ya Allah. Ya Allah rahmatilah nafsu malas ku ya Allah..ya Allah rajinkanlah aku ya Allah. rahmatilah aku ya Allah…ya Allah kuatkanlah aku untuk bangun mendirikan solat ya Allah.”

Diulang-ulang terus….bersungguh-sungguh..pasti kita terbangun lalu mendirikan solat. Pasti..saya amat yakin kerana dulu saya sentiasa melakukannya dan sentiasa berjaya melawan nafsu.

Artikel : Fuad Latip
fuadlatip.com

Saturday, 2 July 2011

Kisah Si Tukang Kayu

 
Pada satu masa, terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan. Dalam fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang.
Tukang kayu ini tidak akan menerima upah lagi sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya itu. Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Justeru itu, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.
Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan bahan yang rendah kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat. Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata,

"Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu. Selamat bersara."

Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Dia tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.
Pengajaran
Senario ini mungkin pernah berlaku di dalam hidup kita seharian. Hidup ini boleh diibaratkan sebagai membina sebuah rumah untuk kegunaan dan kemudahan kita di masa hadapan. Kita pula sering mengambil mudah dengan kehidupan sekarang, kita merasa selesa kerana ibu bapa kita sentiasa berada di samping kita, memberi sokongan dan membantu kita. Tetapi, sedarkah kita apabila mereka tiada nanti, siapakah yang bertanggungjawab ke atas hidup kita? Tak lain tak bukan DIRI KITA SENDIRI.

Belajarlah bertanggungjawab dan bijak merancang masa depan kita. Gunakan masa muda ini dengan belajar bersungguh-sungguh. Sematkan cita-cita untuk menjadi seorang manusia berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.
 
"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak."

Sunday, 5 June 2011

Realiti kehidupan...

Menarik pulak tengok lukisan bawah nih.. Sangat ada kena mengena dengan kehidupan kita.. Kadangkala kita berasa keseorangan bila putus cinta, cinta x dibalas dan sebagainya... Kita sebagai orang Islam xbuleh rasa camtu sebab Allah sentiasa memerhati. Imam al-Ghazali pernah menukilkan : "Ketika kau kesepian jangan kau katakan aku sunyi.. tetapi katakan pada diri bahawa disisiku sentiasa ada Pemerhati!

Putaran kehidupan pasti meletihkan tambah2 kadangkala sikap pasangan, keluarga, kawan2 yang tidak memahami jiwa dan perasaan.. Ketika itu segalanya menjadi hambar dan tawar, rasa tak dihargai, rasa diri keseorangan, kosong, jiwa kacau, rasa dunia ni macam x adil dan sebagainya..

Jika itu yang terjadi pada diri kita ini, jangan di biarkan berlarutan.. Bertindaklah untuk mengubah keadaan bermula dengan mengubah jiwa, pemikiran dan perasaan kita sendiri.. Kita tidak mampu mengubah apa yg ada di luar diri kita tetapi kita boleh mengubah diri.. Tepuk dada tanya iman.. Bersesuaian dengan Firman Allah : ' Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka yang mengubah nasib mereka sendiri'.

Pokok pangkalnya adalah hati kita.. “Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).”

Berbalik kepada persoalan di atas, kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa  bersyukur masih di berikan pasangan, keluarga, kawan2.. Banyak nikmat yang Allah telah berikan pada kita dari hujung rambut hingga hujung kaki semuanya nikmat. Makan, minum, tidur, bernafas semuanya Allah berikan percuma pada kita.. Dan tidak mustahil dalam sekelip mata Allah boleh tarik, masa tuh klu tersedar Alhamdulillah tapi klu xsedar jgk xtau la nk kata pe.. Mengapa kita sering x mengerti semua tu atau sengaja buat2 x paham??.. Sedarlah wahai manusia dunia ini hanyala tempat tumpangan untuk sementara akhirat juga kekal abadi.. Dunia ini ibarat kebun, akhirat nnt tempat menuai hasilnya..

Beruntung kita knn lahir dalam keluarga Islam, hidup kat negara yg aman bilamana nk beribadat xde org kacau..Terpulang pada kita untuk mengamalkan agama dan mempelajarinya.. Dalam dunia moden ni maklumat, ilmu semuany boleh dicari melalui internet terpulang macammna kita memanafaatkny.. Ce cuba kita bayangkn org yg kurang bernasib baik, negara dimana umat Islam ditindas.. Betapa susahnya hidup mereka.. 

Saya tertarik dengan sebuah puisi karangan Sean Covey yang telah di translatekan

Pernah pada suatu ketika,
Aku bercita-cita mengubah dunia ini,
Namun, itu terlalu sukar untuk aku capaikan..
Lalu, aku berhajat pula ingin mengubah negara ini,
Namun setelah masa berlalu,
Aku rasakan itu terlalu berat bagiku..
Lalu, aku berhajat pula ingin mengubah masyarakat ini,
Namun kemampuanku semakin terbatas,
Aku rasakan tidak mampu untuk melakukannya..
Lalu, aku berhajat pula ingin mengubah ahli keluarga ku,
Namun, sudah tiada siapa yang mahu mendengar kata-kataku lagi,
Aku semakin lemah dan tidak berdaya melakukannya..
Akhirnya, tatkala setiap sendi sudah makin lemah,
Dan jasad ini kian tidak bermaya,
Mata ini hampir sahaja aku lelapkan buat selama-lamanya,
Barulah aku sedar bahawasanya aku perlu mengubah diriku sendiri.
Dengan mengubah diri sendiri,
Aku dapat menjadi contoh teladan kepada ahli keluargaku,
Seterusnya ahli keluargaku dapat menyumbang dan mengubah masyarakat sekeliling,
Lalu, masyarakat tadi membentuk negara yang sering aku idamkan,
Kemudiannya, negara ini akan menjadi pengaruh kepada negara-negara lain,
Dan akhirnya membentuk sebuah dunia sepertimana yang aku idam-idamkan.

Sikit sebanyak nasihat untuk semua termasuk diri saya.. InsyaAllah ada masa sy akan coretkan lagi.. Kita kena saling ingat-mengingatkan kerana fitrah manusia mudah lupa, bila lupa jadi leka.. Bila leka mudah bagi syaitan menguasai diri kita.. Kesudahan yang baik adalah bagi org2 yg bertakwa..

Firman Allah : " Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"








Friday, 3 June 2011

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
'Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.'
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim).

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.


InsyaAllah sama-sama kita memohon keampunan dan mepertingkatkan ibadah pada bulan yang mulia ini. 

'berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran'.

Wednesday, 1 June 2011

Perkara yang Elok & Tidak Elok Di sebut

3 PERKARA YANG ELOK DISEBUT-SEBUT

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah SWT berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang hanya berbuat baik sedikit sahaja kepada kita, kita puji habis-habisan tetapi nikmat yang terlalu banyak Allah SWT berikan kita langsung tidak hargai. Sebaik-baiknya elok kita basahi lidah kita dengan memuji Allah sentiasa, bukan sekadar ucapan Alhamdulillah apabila perut sudah kekenyangan. Pujian sebegini hanya di lidah sahaja, tidak sampai hingga ke hati.

Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang singkat akalnya hanya sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling bijak ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

Perbanyakkan menyebut hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua tetapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Jikalau tidak usahakan kebun dunia ini, masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah mencontohi sikap Saidina Ali k.w.s.j. Meskipun sudah terjamin akan syurga, beliau masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Bandingkan pula dengan diri kita yang kerdil dan sentiasa bergelumang dengan dosa?


2 PERKARA JANGAN DISEBUT-SEBUT

Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan membisikkan kepada kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut seperti rasmi ayam 'bertelur sebiji, riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam yang boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika ianya menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah SWT telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datangnya dari Allah SWT kerana Allah yang membolehkan kita berbuat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah SWT kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepada Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

Jangan menyebut-nyebut keaiban atau keburukan diri orang lain.
Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Di dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjadikan kita temannya di dalam neraka.

Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama berdoa agar terselamat dari kemurkaan Allah SWT di dunia hingga ke akhirat. Amin...

Tuesday, 24 May 2011

Just The Way You Are



Just The Way You Are

Oh her eyes, her eyes
Make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair
Falls perfectly without her trying

She's so beautiful
And I tell her every day

Yeah I know, I know
When I compliment her
She wont believe me
And its so, its so
Sad to think she don't see what I see

But every time she asks me do I look okay
I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Her lips, her lips
I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think its so sexy

She's so beautiful
And I tell her every day

Oh you know, you know, you know
Id never ask you to change
If perfect is what you're searching for
Then just stay the same

So don't even bother asking
If you look okay
You know I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

The way you are
The way you are
Girl you're amazing
Just the way you are

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Incredibly Funny Illustrations

Hasil karya Tiago Hoisel  menetap di Sao Paulo, Brazil. Karya dia mmg superb, nampak macam hidup, real dan seangkatan dengannya. Kalau aku pandai lukis macam ni kan best huhu... 



makanan... makan budakkk..


wahhh.... free show..


family pelik


tengok awek x ajak


akhirnya aku berjaya cipta ubat jadi muda


kantoi baca majalah playboy...


kantoi isap rokok


sorang terkejut, sorang pelik


apa tengok-tengok


alamak jaws
 link http://tiagohoisel.blogspot.com/

Menangislah...

Assalamu'alaikum...





Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan:
· Menangis kerana terlalu sedih.
· Menangis kerana terasa hina dan lemah
· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
· Menangis orang munafik - pura-pura menangis
· Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
· Menangis kerana rasa takut
· Menangis kerana cinta
· Menangis kerana gembira
· Menangis kerana menghadapi penderitaan.

"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.
Menangis tercela atau terpuji??? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut:
· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Dari itu...?
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.
Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


Artikel dari Jangan bersedih.com




Tuesday, 19 April 2011

Kelebihan Orang Sabar...

Angan-angan, Dosa dan Airmata...: 7 KELEBIHAN SABAR.....

Artikel myMasjid Ganjaran 10 Kali Ganda Pahala Bagi Orang Sabar

Assalamualaikum wbt..

Artikel menarik untuk di kongsi bersama... Semoga kita semua dapat manafaat.. klik link kat atas tuk baca....


' Ya Allah kurniakan lah kepadaku kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi segala ujian, dugaan, cabaran dan rintangan dalam hidup ini....'

Sunday, 17 April 2011

Falsafah Cinta

Bagaimana Menyayangi Sesorang....

Sudah berapa hari x mengupdate blog, maklum la tuntutan dunia banyak yang kena setelkn huhu.. Sy sungguh tertarik membaca artikel nie.. So elok la di ‘post’ untuk rujukan diri sendiri pada masa akan datang. Al maklum la aku nie pelupa cikit, sambil tu boleh la bagi panduan kat org y ingin bercinta, sedang bercinta, yang dah kawin pon boleh baca juga sebab cinta tu hingga ke akhir hayat. Bukan takat berakhir di jinjang pelamin shj. Renungkan kata pujangga di bawah.

‘Jangan kerana cinta kita gugur. Jangan kerana cinta, prinsip akan menjadi larut cair. Cinta tak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik kepada percintaan. Bahkan jika dizinkan oleh takdir Nya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurgawi ilahi – tempat pertama melahirkan cinta. Kesetiaanlah yang mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan cinta. Sebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus di kekalkan.’

~Bintu Hj Yusuf~
1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
2.  Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan  jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.......










Gratisan Musik

Wednesday, 13 April 2011

Pengalaman pertama cabut gigi...

Entri kali nie aku nk cerita cikit pasal pengalaman pg kelinik klinik gigi.. Sesuatu yg buat aku takut, kecut perut, mengerikan dan macam2 perasaan lg la haha.. Tapi nak xnk kena pg jugak la kann.. Sebenarnya semalam baru pg klinik, sempena bulan kesihatan colgate yg menawarkan pemeriksaan percuma bagi rakyat Malaysia. Teringat kisah masa kecik-kecik dulu, macam2 kisah bukan melibatkan aku sorg je nk story kat sini.. Cerita masa tahun 1..

Bila nampak je van klinik kesihatan dtg kat sekolah dulu dh boleh buat trauma dan seriau.. Masa tuh dh tertnya2 bila la turn kelas aku nih.. Kna ponteng sekolah camni, kalau la waktu tu aku pandai ponteng.. Idealogi ponteng x sampai lg kat aku waktu tu huhu.. So nk xnk kenala gagahkn diri..

Aku mula jadi xtenteram bila tgk kawan2 aku ada yang menangis, menjerit, lari lintang-pukang macam kena kejar hantu n macam-macam lagi la.. Yang tak boleh tahan doktor siap kena tendang free lagi tau.. Kebetulan de sorg pakcik pembantu, badan dia besar so dia la yang pegang budak-budak selepas kejadian tendangan free berlaku..

Tiba turn aku, baik je duduk kat kerusi.. Ala comel, baikny anak sapa la ni ' kata doktor huhu.. Pandai doktor puji bagi hilang rasa takut.. Doktor pon cek la satu-satu gigi aku sampai la gigi terakhir.. Habis je aku pon happy la ingatkan cuma cek takat tu je, rupanya selang beberapa hari kna panggil untuk cabut Gigi.

Peralatan masa cek gigi

Senjata Doktor Gigi

Jantungku pon mula berdebar-debar bila teringat cerita dr abg n akak aku.. Dorg de ckp pasal playar yg digunakan untuk cabut gigi.. Xpatut kn dorg takutkn aku.. Lemah je jalan time tuh, rasa nk nangis pon ada huhu..

Aku pon duduk la mcm msa nk cek dulu, lampu terus di halakn betul2 ke mulut aku.. MAK tolonggg!!!.... 'Belum lagi la' kata doktor cuba tenteramkn keadaan.. 'Doktor xnk la' lemah aku ckp.. 'Jgn riso xsakit pon, sikit je'... 'Klu x cabut nnt gigi awk jd berlapis, xhandsome bila besar nnt..' 'yela' jawabku ringkas.. 2-3 minit jugak doktor buang masa lyn kerenah aku sebelum gigi aku kena cabut.. Aku pon terus pejam mata sambil tgn buat qiam macam nk sembahyang.. 'Eh awk nk sembahyang ke?' kata2 dr pembantunya membuat doktor tergelak..

Aku buat bodoh je sehingga la selesai.. 'Hah kapas ni gigit kuat2 ye, dh penuh darah nnt tukar lain'... Aku diam je.. Dalam hati la camni je rupanya cabut gigi ingatkn sakit sangat.. Aku pon tingalkan bilik rawatan tuh dengan satu pengalaman yg sgt bermakna.. Walaupon masa tuh gigi aku telah rongak huhu... Sekarang xtau kenapa aku jd takut balik nk pg klinik gigi.... kat bawah link dr doktor gigi... kenapa takut??








Tuesday, 12 April 2011

Sekadar Untuk Renungan buatku yang Jahil...

1.Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak, bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka, bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merasa rindu dan cemburu.

2.Cinta takkan hadir kalau tak dicari. Cinta juga takkan ada kalau tak siapa yang memberi, tapi mencari biarlah pada yg sudi, bukan meminta pada yg simpati. Itulah erti sebenar cinta suci.

3.Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.

4.Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

5.Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.

6.Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.


7.Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting : Dirimu atau nyawaku. Dan aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini..

8.Cinta umpama bunga di taman yang sedang mekar, hiasilah, jagalah taman kamu untuk kelihatan cantik dan ceria dan seandainya kamu tidak berbuat demikian, layulah bunga di taman dan rosaklah cinta yang sejati.

9.Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu....

10.Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita??? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya cinta.

11.Andai kata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andai kata ia akan menolaknya, ia juga tak akan berkuasa, kerana cinta itu suatu anugerah, bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari ALLAH.

'HARGAI bila berdua SAYANGI bila bersama MAAFKAN bila terluka RINDUI bila berjauhan FAHAMI bila keliru NASIHATI bila terleka INGATI bila sunyi'






Gratisan Musik

Monday, 11 April 2011

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW

Assalammualaikum wbt..

Semalam semasa pulang dari kerja sy singgah solat Isya' di Masjid Jamek Rimba Terjun. Selesai solat sy terpandang Khutbah Terakhir Rasulullah saw yg diletakkn di sudut membaca. Sy tertarik membacanya. Walupun pernah terbaca tapi biasala manusia mudah lupa. So sy post kat sini, bila ada kesempatan boleh baca lagi.

Sama-sama kita hayati, ambil pengajaran, sampaikan dan amalkan dalam kehidupan kita. InsyaAllah..

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW


Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Allah dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di Bulan Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Sunday, 10 April 2011

6 Pertanyaan Imam Ghazali kepada muridnya...

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya 6 pertanyaan berikut:
1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia ?
3. Apakah yang paling besar di dunia ?
4. Apakah yang paling berat di dunia ?
5. Apakah yang paling ringan di dunia ?
6. Apakah yang paling tajam di dunia ?
1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?

Beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, isteri dan anak". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'MATI'.

Firman Alah s.w.t yang bermaksud :


“ Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” [ QS Ali 'Imran : 185]
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia ?

Beliau bertanya yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'MASA LALU'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

3. Apakah yang paling besar di dunia ?


Beliau bertanya apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'NAFSU'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam.

Firman Alah s.w.t yang bermaksud :


“ Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai ”.[QS AlA’raf : 179]

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .

4. Apakah yang paling berat di dunia ?

Beliau bertanya apakah yang paling berat di dunia, lalu muridnya menjawab :" besi, gajah, batu". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'MENANGGUNG AMANAH'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

Firman Alah s.w.t yang bermaksud :

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )

5. Apakah yang paling ringan di dunia ?

Beliau bertanya tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab : " Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'MENINGGALKAN SEMBAYANG' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia. Gara-gara pekerjaan, meeting, shoping, hiburan kita tinggalkan solat.

Firman Alah s.w.t yang bermaksud :

“ Maka dirikanlan solat. Sesungguhnya solat itu suatu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang mukmin “. [QS.An-Nisa : 103]


6. Apakah yang paling tajam di dunia ?

Beliau bertanya apakah yang paling tajam di dunia? lalu muridnya menjawab: ''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'LIDAH MANUSIA' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

renung-renungkan dan selamat beramal

"Berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran..."